Lama betul aku menghilang dari dunia blogging ni. Rindu? Hehehe memang kadang-kadang rasa rindu nak blogging, tapi bila sign in jer terus rasa takde ape yang nak di share. Manusia sering melatah bila sesuatu terjadi pada diri mereka tanpa berfikir panjang bahawa setiap yang berlaku pasti membawa hikmah yang terbaik untuk mereka. Dan selagi namanya manusia tetap akan berperangai begitu selagi mereka tak ubah mentaliti mereka menjadi lebih positif. Betul?
Bila manusia merasai sesuatu kehilangan, tak kira lah harta benda atau pun orang tersayang, atau apa sahaja yang boleh membuat semangat kita hilang 360 darjah, mesti ada satu2 masa tu kita menanti sesuatu yang "hilang" tu agar kembali menjadi milik kita. Sebolehnya jangan berharap, tetapi apakan daya, manusia hanyalah manusia yang menpunyai hati dan perasaan yang kadang kala tak boleh dikawal dan tanpa diundang jugak bila terjadi sesuatu.
Tapi tak salahkan andai manusia itu berharapkan sesuatu yang mereka "hilang" itu untuk kembali selagi tidak menyalahi batas2 yang ditetapkan? Hanya dengan mengingati apa yang telah "hilang" kadang kala boleh membuat manusia itu bangkit dari kesedihan dan terus maju ke hadapan....
Hanya hati kita sendiri memahami apa yang kita mahu....
"Kasihku..
Ku amat mencintai kamu
Kerna kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta
Sedetik lebih
KEKAL SELAMANYA..."
Satu2 lagu yang mampu buat aku kuat dan tabah mengharungi semua walau sudah bertahun kejadian itu terjadi... :')
No comments:
Post a Comment