Tuesday, 16 July 2013

Kisah Kelmarin


Assalamualaikum wbt =)

Hai semuaaaaaaaaaaaa.. pejam pelik pejam pelik dah masuk hari ke-tujuh kita berpuasa kan? Alhamdulillah umur masih panjang untuk teruskan ibadah di bulan baik ni. Amin ;)

Okeylah, untuk entry harini aku nak cerita pasal kisah kelmarin. Apa jadi? Meh aku habaq mai. Kelmarin nak pergi kedai beli barang2 untuk buat kuih berbuka. So pergilah aku ke kedai dengan adik naik motor. Elok dah parking depan kedai, kononnya nak pusinglah macam buat u-turn tu untuk ambik jalan balik rumah sebab nak lalu jalan sehala ada khemah india punya kenduri kat depan. So jalan tutup. Nak tak nak kene buat pusingan.

Nak jadi cerita, kalau u-turn dekat jalan raya kan jalannya besar. Yang ni jalan kampung korang paham2 jelah. Jalan kecikkkkkkkkkkkkkkk. Huhuhu nak2 aku ni bab2 u-turn memang kurang berani sikit. Tapi sebab takde cara lain terpaksalah aku beranikan diri buat jugak u-turn tu.

Lepastu jadilah kisah yang tak diingini. Benda yang takut nak jadi akhirnya jadi jugak. Maka dengan rasmi ter"eksiden" lah makcik sondol kereta persona orang. Hahahahaha bukan salah aku okey. Motor tu yang salah. Time nak buat pusingan tu aku tak sempat press minyak lagi tetiba motor terus laju jer mengejut. Dan2 waktu tu jugak aku break sampai bunyi tayar macam ala2 drift gittew. Hahahaha nyaris badan tak melayang terbang jer huhuhu

Adik aku cakap aku tak loose kan "cok" motor. Aku pon ye kan je lah. Tak dapat pikir ape dah. Sakit jer yang aku rasa. So jadilah kaki aku dapat habuan. Berdarah sana sini. Hehehehe serupa anak jantan. Asal bawak motor mesti aku suka sangat nak sondol benda depan mata. Tapi semua salah motor. Bukan salah aku. Hahahaha tak ngaku tu.


Okey.. aku tunjuk satu kecederaan je ek. Kalau banyak2 nanti korang tak lalu makan pulak. Hehehehe. Ibu jari ni pun agak teruk sebenarnya, ni gambar dari side tepi je aku tunjuk selepas dibersihkan. Sakit tau. Segala isi mak nenek semua keluar time terseret kat jalan tar. Meleleh2 darah sampai melekat kat selipar. huhuhu


Disebabkan nak solat, so setiap kali masuk waktu kene lah bersihkan and balut elok2. Kalau tak nanti habis darah melekat kat telekung. Sampai harini kene sentiasa bersihkan and balut tiap kali nak solat. Waktu lain tak balut sebab taknak bagi kaki berkuap. Tempat kecederaan yang lain pun sama sentiasa kene bersihkan.

So, jadiknya bersusah dahulu bersenang kemudian ke? Takde kene mengena ni. Hehehehe apa2 pun berhati2 dijalan raya ye kawan2 =)


Thursday, 11 July 2013

Ramadhan Kareem


Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah.. Ramadhan datang lagi.. Syukur tak terhingga.. Alhamdulillah.. sama2 lah kita beribadah dengan istiqamah dan khusyuk demi mencari keredhaan Allah bersama.. amin =)



Pre-Graduate Night Dinner


Assalamualaikum wbt :)

Hai semuaaaaaaaaaaaa :)

Aku menulis blog adalah sebab aku suka share cerita. Walaupun aku tau tak kan ada yang baca lagi2 aku dah tukar link blog aku.. tapi takpe.. sekurang-kurangnya aku ade tempat untuk meluahkan perasaan kan? hehehe

Okey, kat sini nak cerita tentang Pre-Graduate Night Dinner yang aku join before final haritu. Dinner adalah pada 14 June 2013 (Jumaat). Best wooooo aku makan kat Setia City Convention Center. Hahahaha korang ade ke? :p


Okey.. ini pilihan dress aku untuk malam tu. Dress kaler baby blue beli dekat arline.com. Banyak pilihan. Click jer mane nak. Tapi jangan lupa bayar la.. hahahaa shawl pulak beli murah-murah je dekat plaza alam sentral. Pun banyak pilihan jugak.


Yeayyyy inilah aku bila dah pakai dress cantek menarik tertarik kau memang deboomm hehehe :p   Aku puas hati sebab nilah pestime mak melaram sakan hokey.. hehehe siap pakai bulu mata pelesu lagi. Nak feeling jadi rozita che wan kejap.. hehehe


See.. my make-up is not that too heavy.. just pakai foundation cam biase, compact powder, eye liner, maskara, blusher and last lipstick! hehehe eh lupe.. bulu mata pelesu ada jugak tapi tak nampak pulak dalam gambar ni hehehe

Bawah ni gambar aku dengan kengkawan yang sempat di snap!






Hehehehe hover kitorang kan.. okelah.. over all it was a fantastic dinner ever since lepas ni dah takde dah join dinner time belajar.. huhuhu tsk tsk tsk. Untuk kawan2 thanks for wonderful memories we have made together. I love you all! =)


 Lots of Love:

Burung Hantu


Assalamualaikum wbt :)

Hello readers! hehehe sekarang ni aku jadi burung hantu.. yelaa cer tengok jam dah pukul berapa sekarang? Hampir 4 pagi tau? Tak reti lagi nak tidurrrrr?

Hehehe maap lerr.. malam ni hati tetiba rasa nak godek blog kesayangan.. nak kasi tukar baju baru :p Cantekkk tak? hehehe

All in all.. aku puas hati! Walaupun simple, by time to time aku akan try tambah apa2 yang menarik.. hehe ni pun dok godek buku html untuk pahamkan coding. pfffftttttt

Oh ye.. kalau korang perasan aku dah tukar link blog aku dari akudankamubersatu.blogspot.com kepada niafiqa.blogspot.com. Bukan apa.. saje nak bukak semua cerita baru.. nak lupakan kisah sedih yang lama2 tu.. hehe

Sunday, 9 June 2013

Finishing School

Assalamualaikum wbt :)

This is a very fast and short entry for tonight. Hehehehe I am about to finish my degree. What?? Yes, it is around 2 weeks from now! Wow! Kalau dulu sebuk sangat nak habes belajar cepat, and now bile dah nak habis sebuk taknak habes. Lempang laju2 kang baru tau *jeling sekali*

I have few plan for myself. In sha Allah after I finish my study I will make sure that my plan will be success. Antaranya nak habeskan belajar kete. Hahahaha okey korang dipersilakan gelak. Memang aku tak habis belajar lagi. Money constrain laaaaa.. haahaha

Okeylah.. nak sambung wat assignment. Nanti kita jumpa lagi ek :)


Wednesday, 5 June 2013

Hikmah Berpisah


Assalamulaikum wbt :)

Hello sayang2 semua.. sehat? Okey harini tetiba rasa nak cerita sikit pasal my life. Not my intention untuk buka pekung di dada, tapi sekadar nak share my condition after breaking up with him not long ago. Maybe you guys yang baca can get some tips to heal yourself if you are in the same shoe =)

For me it is not an easy task to vanished out all the memories you made with him. Yes I admit it 300%. At early stage I was like "mayat hidup" bila terpaksa hadapi benda ni. They will be a different story behind each person right? But the things is still the same. Cuma nak bezakannya hanyalah sapa yang tinggalkan sapa.

My friends ramai tegur I was like hilang focus, makan tak nak, asyik menangis, keluar tengok dunia tak nak, kejenya asyik duduk memerap dekat bilik hostel, and when weekend come I lah first person yang akan pack stuffs untuk balik rumah! Yes, that is me. The worse thing happened is I lose my weight! Memang melampau sampaikan ramai sangat tegur I look even skinny. Mane tak nya I ni jenis orang yang berisi sikit, bila kita kurus memanglah orang akan perasan kan? hehehe nak buat cemane :)

Agak lama I nak pulihkan diri sendiri tau. Kadang terpikir jugak apalah bodoh sangat yang I dok mengharap benda yang tak kan pernah jadi. Lama-lama I dapat balik strength yang dah lama hilang. Almost year and a half baru I betul2 yakin yang I okey from that stupid thing =)

Apa yang I buat untuk dapatkan balik strength tu? Cekidauuudddddd

> First thing first mesti balik pada ALLAH. Itu sangat2 penting. Mengadu pada dia. Hanya dia dapat beri balik kekuatan tu. Insya Allah :)

> Support from friends. Yes, I am really grateful because I have those in my life. They never leave me and always with me every time and second. They always encourage me to stand up and bring myself back to normal. Mereka tak jemu2 tunggu I back to normal. I really love them :') (I never tell my family about this, thats why I am depending on my friends a lot)

> Delete all pictures yang relate between you and him! It a must!

> Delete phone number, unfriend facebook, dan segala2 yang berkaitan dengan die. (Its up to you. Ini apa yang I buat)

> Buang semua barang2 yang pernah you all dapat dari die. It the best things for you even it hurt you the most!

> Jangan berseorangan. Yes, always busy yourself with work, assignment and have a quality time with family and friends.

 
That are few things yang I buat. Alhamdulillah I mampu senyum dengan lebih ikhlas sekarang :) Even if I saw him I really feel nothing inside. Alhamdulillah sangat2 sebab I jugak menjadi seseorang yang lebih matang dalam kehidupan and surprisingly I mampu capai impian untuk dekan last sem! You see the good impact? Semangat yang memang tiada tandingan :)

So I hope that you guys can heal better with me! hehehe sorry for the long essay I've made. Kata pon dah lama tak update kan, itu sebab kumpul semua jadikan satu entry yang panjangggggg :p


Running Man Nak Datang Malaysia??


Assalamualaikum wbt :)

WHAT???? Tup tup dah lama tak update blog dan2 nak update pasal running man kan? Hahahaha mak peduli ape sebab mak suke noks. *gelek2 pinggang*


Iye korang.. running man nak datang sini maybe bulan september. Katanya production running man sendiri yang mintak untuk buat fan meeting dekat Malaysia sebab dorang realized yang terlalu lah banyak sang peminat running man dari Malaysia ni termasuk tukang taip ni ha!

Engko jangan tak tau.. tukang taip ni pantang ada masa free jer terus amek external cucuk kat laptop mengadap running man beratus2 kali! hahahaha sampaikan dah boleh hapal setiap dailog, setiap game dekat setiap episod.. korang ado? hahaha nak kate aku dah pandai cakap korea tu boleh la jugak lepas kalau jumpa jae suk oppa, jong kook oppa, gary oppa, ji hyo unnie and yang lain2 tu hehehe

So guys, jangan lepaskan peluang ni ye! Aku memang takkan lepaskan..wajib ada waktu dorang buat game.. hehe until then.. anneyonggggg =)


Thursday, 28 March 2013

Cerita 24.03.2013


Assalamualaikum wbt ;)

Oh. Baru berkesempatan nak update cerita pada tarikh berkenaan. Hehehe So are you ready guys? Lets cekidaut!

Apa ada pada tarikh tu?
Hehehe actually that date gave me such a memorable experience of life. Its been 2 years since "it" happened. Every time I remembered all the things suddenly my heart will pop out lively! Oh no. cukup2 lah tu. Sakit sangat.

Sebenarnya waktu tarikh kejadian tu 24.03.2013, aku kemas2 bilik. Then ternampak segala jenis barang2 kepunyaan "dia" yang aku simpan elok dalam almari. Apa lagi meleleh lah aku kan. Nak tau nape? First sebab tak sangka setelah sekian lama aku masih simpan barang2 itu. And tak sangka terjadi waktu tarikh itu. Tarikh yang sangat memberi makna untuk aku.

Rasanya tak patut aku buat entry ni kan? "Dia" dah berpunya. Takpe. Sesungguhnya aku sentiasa dan masih mendoakan kebahagiaan "dia" sampai ke hari ini. Semoga kebahagiaan sentiasa bersama "dia" dan pasangan. Amin :')

This is the place. I love to be there. So much memories were draw together. #Pantai Pasir Pandak, Santubong, Kuching.

Tuesday, 19 March 2013

Air oh air


Assalamualaikum wbt =)

Hari ini aku nak post 2 entry dalam satu hari. Ada sape2 nak marah? Nak muntah ke? Sila jauhkan diri anda cepat2. Hehehe

Okey, entry before ni aku ada mention pasal takde air kan? Atau dalam erti kata lain aku ketandusan kasih sayang air. Hahaha so kat sini meh la aku share sikit pengalaman akhir sem yang tak seberapa bagi korang tapi bernilai untuk aku. Ahakssss

Kitorang kat sini takde air since semalam (Isnin). Tapi untuk blok aku jer la. Blok lain katanya dah lama ketandusan air. So kat sini bersyukur jugaklah baru diduga dalam masa tak sampai 2 hari ni jer. Alhamdulillah. Cuba bayang kengkawan dari blok lain yang dah lama tak berair, kesian mereka. Lagi2 yang jauh dari family. kan? kan? Takpe2, dugaan semua tu =)

First day takde air agak kelam kabut jugaklah. Tapi waktu tu pihak Syabas datang bawak lori air, jadinya Alhamdulillah dapatlah save untuk mandi petang tu walaupun mengangkut berbaldi ke tingkat 4 iteww. Kiranya itulah mandi untuk hari Isnin. Kikiki =) Waktu tu segala cobaan dan dogaan perut tak lawas lah, kencing tak lawas lah, rambut tetiba dari takde kelimumur jadi ada lah, semua sedia memainkan peranan masing2 ye. Agak menguji kesabaran aku disini. Hehehe


Keadaan waktu lori air datang. Comey jer kitorang dengan muka paling suci. Ahaksss

So harini masuk hari ke-2 ketiadaan air. Pagi tadi pegi kelas mandi kerbau orang tua2 kata. Basuh mana patut. Pergi kelas dengan muka konfiden ala2 aku ni mandi 3 tong besar air. Hahaha waktu tu la baru ko rasa betapa bernilainya setitik air yang ko tadah tu. Rasakan. So aku kelas sampai jam 2. Dalam jam 11 gitu lori air datang lagi. Tapi aku tak mampu nak berlari keluar semata-mata nak mendapatkan barang sebaldi air. Almaklum, pelajaran itu sangat penting untuk aku. Tak mandi pon takpe. Eceh.

Tetiba dalam jam 5 gitu air mula menampakkan batang hidung. Dapatlah aku tadah 2 baldi untuk aku. Mana2 botol mineral yang dah kosong aku isikan jugak. Aku masak air siap2 supaya ada bekalan untuk minum and aku sempat basuh mangkuk yang tak berapa nak sempat aku basuh lepas makan. Kata pun takde air. Jadi maaflah kalau aku agak kurang bersih gitu. Hehehe and tak sampai 15 minit air menyorok kembali. Jadi hari ini nak mandi ke tak? Kang esok pagi takde air pulak nak mandi pegi kelas. Dilema sudah.

Inilah hasil untuk tangkapan hari ini. Cekidaut!


Air perlu ditutup untuk mengelakkan jangkitan kuman. Eh?

Dapat 8 botol sekali ngn roomate. Okelah dari takde.


Carut Mencarut


Assalamualaikum wbt =)

Uishhhhh tengok tajuk macam serem jer. Hehehe takde2, I bukan jenis orang yang suka mencarut2 tak tentu pasal hokey. Lagi pun kan tak elok mencarut2 nih. Sebab apa yang kita cakap, setiap apa yang kita ucapkan tu kan satu doa. Kalau dah ko mencarut nama binatang tu lah, bodoh la, atau ape jer seumpamanya lah kan, kan ke ko dah mendoakan sesuatu yang tak baik pada seseorang tu. Nak2 pulak orang tu seagama seislam kita. Betul tak?

Aku banyak jumpa jenis manusia yang macam ni. Kadang2 aku rasa dorang ni takde perasaan ke atau saja nak tarik perhatian orang dengan cakap benda carut marut tu. Aku pun tak tahu. Tapi aku memang pantang betul dengar orang cakap benda2 yang langsung tak berfaedah tu. Tak dapat apa pun kalau ko mencarut2 tak tentu pasal. Puas agaknya.

Okey, macam sekarang ada krisis air dekat uitm puncak perdana. Fine, kita memang lah sangat2 perlukan air. Macam2 benda nak dibuat and semua menggunakan air. Takde air keje boleh dikatakan tak terurus dengan sempurna. I admit it. Tapi bila dah satu tahap mencarut cakap "babi r air takde. Tak tau ke orang bla bla bla bla". Ko rasa ko boleh hadap tak orang gini?

Aku bukan nak memburukkan orang tu atau sesiapa sahaja. Tapi ini adalah attitude kita. Perangai kita. Bila kita cakap macam tu seolah2 takde iman. Ko tak pikir ke semua yang jadi ni Kun Fayakun? Bila Allah kata jadi, maka jadilah. Kita ni kene balik pada fitrah. Yang penting bersabar. Semua jadi ada hikmah. Waktu ni lah Allah nak tengok sejauh mana kita bersyukur dengan Dia. Kalau dah asyik merungut and mencarut, aku rasa sampai bila2 pun masalah tak kan selesai. Takut nanti jadi penyakit hati pulak.

Apa pun kita kene ingat. Benda paling tajam adalah lidah. Jaga lidah kita. Jaga percakapan kita. Ibu aku selalu pesan, kalau perangai kita elok, maknanya dari rumah kita dah diajar mejadi elok. Tapi kalau sebaliknya, ko tak pikir ke apa orang kata bila tengok perangai tak elok? Sapa dapat nama nanti? Mesti orang cakap "anak sapalah perangai gitu". Betul tak?

Tak kiralah dalam situasi apa sekali pun, satu benda kena tanamkan dalam hati adalah supaya sentiasa bersabar and beristighfar dalam hati. Percayakan Allah. Insya Allah kita boleh handle everything dengan baik sebab Allah sayangkan semua hambanya.

Jadi tolonglah.. tolong jaga nama baik diri sendiri, ibu bapa dan keluarga. Yang penting jaga maruah korang especially yang perempuan ke wanita ke gugurl ke atau apa aja seumpanya. Bahasa melambangkan diri kita. Elok bahasa, eloklah kita. Kalau tak elok, lu pikir la sendiri. Ok bye.

#Sekadar peringatan bersama. Aku pun tak sempurna. Tapi tak salahkan kalau kita sama2 mencari kesempurnaan untuk kebaikan diri sendiri dan juga semua orang? Renung2 kan dan selamat beramal =)



Monday, 18 March 2013

Jalan2 Johor


Assalamualaikum wbt :)

Jumpa lagi kawan2! =)

Kelmarin (Sabtu) aku pergi jalan2. Hehehe satu family ikut ayah test drive sebenarnya. Tu yang dapat pergi sampai ke Johor. Dapat la aku ni nengok macam mane ghupe nye air terjun Gunung Ledang tu haa. Batak kejap. Hahaha lepas tu singgah Tangkak beli la sedozen kain ela buat baju kurung. Ops! Bukan baju raya tau. Tu lain ari beli. Ni untuk kain saje2 jer kasi tambah koleksi baju kurung and untuk lendutkan lagi almari aku dengan baju2 yang melambak. Hahaha

Lepas tu kitorang terus ke Melaka singgah tengok kampung kejap and singgah kubur apak and nenek and makcik pakcik yang dah kembali ke sana. Al Fatihah. Okelah, ada beberapa snap gambar yang sempat kitorang amik. Tak banyak pun. Tapi cukuplah untuk kenangan kitorang adik beradik =) Enjoy.!















 

Thursday, 14 March 2013

Mental Breakdown


Assalamualaikum wbt :)

Sape-sape yang friend dengan aku kat facebook mesti perasan status aku yang sama dengan tajuk posting harini. Sorilah ye, ahkak mampu update status kat facebook jer. Yang lain tak mampu la. Hahaha

Why am I like this?

Semua sebab satu benda tu jer. Huhuhuhu

.GEMUK.BERISI.BESAR.

Omo.. sangat sedih. Salahkan diri sendiri sebab tak beringat kalau makan. Tak pasal2 bukan jer berat naik mendadak, dengan badan dan segala jenis adik beradik, sepupu sepapat and atok nenek lemak dah melekat kat badan ni. Hambek kau. Rasakan.

Takpe2, tunggu laaa.. aku kurus gak nanti. Lagi cantek dari Nora danish! Bahahahaha :D Tapi orang kata muke aku iras ND, betul ke? Terharu ahkak! ;p

sumber google


Kelas Cancel


Assalamualaikum wbt :)

Beginilah kehidupan sebagai seorang mahasiswa yang berdedikasi. Sanggup mengharungi badai yang mendatang semata-mata untuk pergi kelas dan menimba ilmu. Ehhhhh poyo giler ayat aku!

Alkisah hari ini.

Aku ada dua kelas. Satu pukul 2 petang sampai 5 petang. Satu lagi 6 petang sampai 9 malam. Nak jadi cerita kelas pukul 2 tu, baru belajar beberapa slide tetiba Puuuuupp! Blackout satu fakulti daaaa. Pastu hujan Masya Allah lebat sangat lah. Tatuuuuuttt. So apa lagi, kita kensel kan saje kelas itu. Tak kan nak belajar begelap, ye dak?

Kelas pukul 6 pulak? Dah mai ni. Tungu punya tunggu lecturer tak masuk. So pergi call tanya. Bajet ala class wrap gitew. Hahaha

Aku: Assalamualaikum madam. Saya bla bla bla bla. Ada kelas tak harini?
Madam: Oh. Saya sebenarnya bla bla bla bla. Kita kenselkan ye. Minggu depan datang bla bla bla bla.

Oh, waktu tu rasa macam sorga sangat sebab kensel tapi kenapa tak habaq awai2 naaaaa. Huhuhu takpe2, kita kene paham tugas lecturer yang sentiasa busy ye kawan2.

Jadiknya, situasi aku sama macam ini gambar. Ok bye.


My Blog New Face


Assalamualaikum wbt :)

Teheeeee.. antek tak belog titeww? Omo omo.. tuke tangat! "macam ada rasa nak kene lempang laju2 jer cakap pelat2 gitu.. hehehe

Bila blog dah cantek, aku promise akan selalu update cerita baru kat korang okey? Tak kisah lah ada yang baca ke idok. Hahahaha

Till then. Have a pleasant day peeps!

#esok nak g shopping! =)

Friday, 8 March 2013

Kehilangan yang dinanti

Assalamualaikum wbt :)

Lama betul aku menghilang dari dunia blogging ni. Rindu? Hehehe memang kadang-kadang rasa rindu nak blogging, tapi bila sign in jer terus rasa takde ape yang nak di share. Manusia sering melatah bila sesuatu terjadi pada diri mereka tanpa berfikir panjang bahawa setiap yang berlaku pasti membawa hikmah yang terbaik untuk mereka. Dan selagi namanya manusia tetap akan berperangai begitu selagi mereka tak ubah mentaliti mereka menjadi lebih positif. Betul?

Bila manusia merasai sesuatu kehilangan, tak kira lah harta benda atau pun orang tersayang, atau apa sahaja yang boleh membuat semangat kita hilang 360 darjah, mesti ada satu2 masa tu kita menanti sesuatu yang "hilang" tu agar kembali menjadi milik kita. Sebolehnya jangan berharap, tetapi apakan daya, manusia hanyalah manusia yang menpunyai hati dan perasaan yang kadang kala tak boleh dikawal dan tanpa diundang jugak bila terjadi sesuatu.

Tapi tak salahkan andai manusia itu berharapkan sesuatu yang mereka "hilang" itu untuk kembali selagi tidak menyalahi batas2 yang ditetapkan? Hanya dengan mengingati apa yang telah "hilang" kadang kala boleh membuat manusia itu bangkit dari kesedihan dan terus maju ke hadapan....

Hanya hati kita sendiri memahami apa yang kita mahu....

"Kasihku..
Ku amat mencintai kamu
Kerna kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta
Sedetik lebih
KEKAL SELAMANYA..."

Satu2 lagu yang mampu buat aku kuat dan tabah mengharungi semua walau sudah bertahun kejadian itu terjadi... :')

Sunday, 20 January 2013

Teman

Assalamualaikum wbt :)

"Mimpikn bersamaku, tentang hari esok yang mendatang, namun andai ia tidak hadir, kita akan bersama mengejarinya, kita akan mulakan langkah yang akan membawa kita menuju impian bersama, tidak kira berapa kerap kita terjatuh, kita mampu untuk bangkit semula mencari jalan keluar, meredah dan membelah mendung kelabu, kita akan dapati malam kita berubah menjadi siang yang panjang, yang kita perlu hanyalah bermimpi, mimpikan bersamaku duhai teman, langkah kita akan mempercepatkan perjalanan ini, ku jiwai impianku yang suci walau apa pun ia, semangatnya akan terus membara di hati kita, tidak kira berapa jauh perjalanannya, walaupun kita akan terpisah, temanku pertemuanku kita akan menyatukan kita dalam dakapan, menuju impian kita, menuju impian kita, walau hanya kita bermimpi."


Terima kasih teman sentiasa bersama aku ketika susah ataupun senang.. walaupun kita "terpisah" selama setahun disebabkan perangai tidak waras manusia namun akhirnya kita mampu kembali seperti biasa.. Banyak yang kita kongsi and lalui bersama sejak 4 tahun yang lepas.. kongsi segala bersama.. semoga kau sentiasa dalam lindungan Allah..

"Ya Allah, kau lindungi temanku ini.. hadiahkan dia dengan kebahagiaan yang tidak terhingga, kejayaan dalam pelajaran dan kehidupan supaya dia menjadi seorang muslimah yang berguna untuk keluarga dan agama. Kau kekalkan persahabatan kami sepertimana yang engkau perkenankan.. kau temukan dia dengan jodoh yang akan menjaganya dengan setulus dan seikhlas hati.. Jangan kau sakiti temanku ini ya Allah.." - Ikhlas dari aku.. temanmu yang tidak sempurna..

Alamakkkkkkkk


Assalamualaikum wbt :)



Apa nak jadi ni?? Alamakkkkkkkk berat badan dah naik!! Omaigad!! Baru start cuti sem dah naik 3 kilos?? Hehehe carik nahas betul ko nia.. ;p Dah tu nak wat guano.. salahkan ibu.. sape suruh masak sedap.. eh eh.. suke hati ko je kan.. hahaha dah tau badan ko jenis senang naik melantak je keje kat rumah.. kalau tak sejam sekali masuk dapur bukan ko lah namanya!

Aaaaaa tak kira! Azam and semangat tahun baru ni nak kurus! Aku akan pastikan berat aku turun sebanyak 15kg! Hahahaha mampu ke? Mesti korang dapat agak berat aku kan kalau dah gitu banyak aku nak turunkan.. hahahaha tolong terima kenyataan nia yang ko tu geeemmmmmmm!!! Eah tak.. berisi jer!


Inilah diriku yang gemmmmmmm

So dah tau diri tu gemmm.. kenelah diet! hehehe oke3! akan dilaksanakan ;p