Saturday, 11 February 2012

11 Februari 2012

Assalamualaikum wbt :)

kepada kakak ku SITI SYAHERA BINTI SHAMSUDIN.. selamat hari tua aku ucapkan!! hehehe xde ape special pon aku kasik kat dia.. cumanya mlm td dlm pkul 1130 gitu aku pegi dapur then gorengkan nasik untuk dia sambil nyanyi hepi besday.. lalalalala.. okeh la kan? hehe

so semoga menjadi anak yang baik.. kakak yang kaya poket.. eah? kejam! hehe.. jadi wanita solehah lh senang citer.. gabung smua ucapan ye dak? hehe 

Ni lah rupa orangnya.. so umur dia tahun nih adalah 2012 - 1988.. kira sendiri ye?

ade gak die mintak hadiah dari aku.. korang tau ape?

TILAM BABY! 
(ade makne tu! hehe cecepat le kawin ye? nnti aku belikan!)


Thursday, 9 February 2012

Info Menarik : 15 Masjid Terbesar di Dunia

Assalamualaikum wbt :)

setelah meninjau cerita2 yang aku baca, ni lah antara 15 masjid terbesar di dunia yang disenaraikan yang aku jumpa!.. Masya-Allah!

1. Masjidil Haram di Makkah, Arab Saudi

2. Masjid Nabawi di Madinah, Arab Saudi

3. Masjid Muhammad Ali Pasha di Cairo, Mesir

4. Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia

5. Masjid Hassan II di Casablanca

6. Masjid Faisal di Islamabad, Pakistan

7. Masjid Badshahi di Lahoredi, Pakistan

8. Masjid Syeikh Zayed di Uni Emirat Arab

9. Majid Jami' Dehli, India

10. Masjid Baitul Mukharam di Dakha, Bangladesh

11. Masjid Id Kah di Kasgar, Xinjiang

12. Masjid Negara di Malaysia

13. Masjid Sultan Ahmad di Turki

14. Masjid Al-Fath di Bahrain

15. Masjid Al-Aqsa di Palestina


Bucuk Mak Ngah!!

Assalamualaikum wbt :)

buang tebiat ke hape aku update sampai banyak post dalam satu mase? tu sengal namenye ye.. kuang3! okeh.. entry last untuk malam nih.. esok2 sambung lagi.. hahaha saje nk tunjuk gambar budak bucuk ni haaa.. dah makin bijak! love u both! ^-^

okey.. yang ni adalah Tengku Muhammad Zakwan bin Tengku Zainal Abidin.. name manja wawan ;)



yang ni plak namanya Nur Qaseh Qashrina binti Haziman.. nama manje op kos lah Qaseh.. hehe



ni gambar mereka bersama.. abaikan nenda dia kat blakang tu ye :)


Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum wbt :)

mungkin agak terlambat untuk aku ucapkan salam maulidur rasul pada semua kan? tapi xpe.. kita masih dalam bulan rabiul awal.. baru bape ari jer lepas maulidur rasul.. okeh.. sempena bulan memperingati hari kelahiran Nabi SAW.. aku nak share serba sedikit tentang biodata Nabi SAW untuk bacaan kita semua ;) info dari rindok blog.



•Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)
• Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
• Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
• Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
• Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
• Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.


New Look!! ;)

Assalamualaikum wbt :)

oke x muka blog aku nih? xdelah dalam rimbunan sawah macam before ni kan? hehe oh ye, header atas tu hasil kerja tangan xsekeriatif dari aku.. so kalau kat luar sane yang agak pro nk komen boleh jer, tapi jangan over.. ahkak ni amatur dekk.. puii..

 ala2 macam lagu time bebudak dulu lah..

"buah cempedak diluar pagar, amik galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan" 
 (betul ke aku nyanyi? hadap jerr..)

okeh.. enjoy!

Kata - kata Hikmah

Assalamualaikum wbt :)

hai.. lame dah aku x update mende alah ni.. tp yang pasti ade jugak yang bace kan? wawawa iye kan aje lah.. hehe.. untuk post tertangguh kali ini aku just nak share sikit kata2 hikmah yang aku dapat:


"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menaggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. Dengan demikian bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Ku lah tempat kembalimu (untuk menerima balasan)." - Luqman 31 : 14

Ustaz:   Lawa rambut. Awak pakai ape?
Si girl:   Ustaz nak kenekan saya ke?
Ustaz:   Taklah. Rambut anak perempuan saya yang kecil tu selalu je kusut. Lagi2 bila bawah matahari. Benda yang awak pakai ni tahan matahari erk?
Si girl:  Ooo... saya pakai *** ustaz, nak lagi lawa tambah *** sikit, blablabla.. Memang tahan matahari. Tahan haba.     
Ustaz:  Ooo.. agak2 dengan bara api neraka tu tahan x?

~sunber: CINTA ALLAH CINTA ABADI~   

Jangan rasa dirimu TERBAIK kalau hatimu penuh dengan nanah KEJAHATAN.
Jangan fikir dirimu ALIM kalau hatimu penuh dengan nanah KEDENGKIAN.
Jangan rasa dirimu BERKASIH SAYANG kalau hatimu penuh dengan nanah KEBENCIAN.

"Abang tak abang, ini dunia Allah SWT yang pegang"
"Lu ayahanda ka, lu abang long ka, Mungkar dan Nakir soal dalam kubur nanti lu menggigil juga"
"Abang besar sudah keluar ya, wa ingat lu sudah bertaubat pada ALLAH"
"Aku tak takut mati, tapi aku takut mati dalam kekufuran dan dilaknat Allah"

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" - Imam Nawawi.


~ Sekadar renungan bersama :) ~