Assalamualaikum wbt :)
hai.. lame dah aku x update mende alah ni.. tp yang pasti ade jugak yang bace kan? wawawa iye kan aje lah.. hehe.. untuk post tertangguh kali ini aku just nak share sikit kata2 hikmah yang aku dapat:
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menaggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. Dengan demikian bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Ku lah tempat kembalimu (untuk menerima balasan)." - Luqman 31 : 14
Ustaz: Lawa rambut. Awak pakai ape?
Si girl: Ustaz nak kenekan saya ke?
Ustaz: Taklah. Rambut anak perempuan saya yang kecil tu selalu je kusut. Lagi2 bila bawah matahari. Benda yang awak pakai ni tahan matahari erk?
Si girl: Ooo... saya pakai *** ustaz, nak lagi lawa tambah *** sikit, blablabla.. Memang tahan matahari. Tahan haba.
Ustaz: Ooo.. agak2 dengan bara api neraka tu tahan x?
~sunber: CINTA ALLAH CINTA ABADI~
Jangan rasa dirimu TERBAIK kalau hatimu penuh dengan nanah KEJAHATAN.
Jangan fikir dirimu ALIM kalau hatimu penuh dengan nanah KEDENGKIAN.
Jangan rasa dirimu BERKASIH SAYANG kalau hatimu penuh dengan nanah KEBENCIAN.
"Abang tak abang, ini dunia Allah SWT yang pegang"
"Lu ayahanda ka, lu abang long ka, Mungkar dan Nakir soal dalam kubur nanti lu menggigil juga"
"Abang besar sudah keluar ya, wa ingat lu sudah bertaubat pada ALLAH"
"Aku tak takut mati, tapi aku takut mati dalam kekufuran dan dilaknat Allah"
"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" - Imam Nawawi.
~ Sekadar renungan bersama :) ~
No comments:
Post a Comment