Tuesday, 16 July 2013

Kisah Kelmarin


Assalamualaikum wbt =)

Hai semuaaaaaaaaaaaa.. pejam pelik pejam pelik dah masuk hari ke-tujuh kita berpuasa kan? Alhamdulillah umur masih panjang untuk teruskan ibadah di bulan baik ni. Amin ;)

Okeylah, untuk entry harini aku nak cerita pasal kisah kelmarin. Apa jadi? Meh aku habaq mai. Kelmarin nak pergi kedai beli barang2 untuk buat kuih berbuka. So pergilah aku ke kedai dengan adik naik motor. Elok dah parking depan kedai, kononnya nak pusinglah macam buat u-turn tu untuk ambik jalan balik rumah sebab nak lalu jalan sehala ada khemah india punya kenduri kat depan. So jalan tutup. Nak tak nak kene buat pusingan.

Nak jadi cerita, kalau u-turn dekat jalan raya kan jalannya besar. Yang ni jalan kampung korang paham2 jelah. Jalan kecikkkkkkkkkkkkkkk. Huhuhu nak2 aku ni bab2 u-turn memang kurang berani sikit. Tapi sebab takde cara lain terpaksalah aku beranikan diri buat jugak u-turn tu.

Lepastu jadilah kisah yang tak diingini. Benda yang takut nak jadi akhirnya jadi jugak. Maka dengan rasmi ter"eksiden" lah makcik sondol kereta persona orang. Hahahahaha bukan salah aku okey. Motor tu yang salah. Time nak buat pusingan tu aku tak sempat press minyak lagi tetiba motor terus laju jer mengejut. Dan2 waktu tu jugak aku break sampai bunyi tayar macam ala2 drift gittew. Hahahaha nyaris badan tak melayang terbang jer huhuhu

Adik aku cakap aku tak loose kan "cok" motor. Aku pon ye kan je lah. Tak dapat pikir ape dah. Sakit jer yang aku rasa. So jadilah kaki aku dapat habuan. Berdarah sana sini. Hehehehe serupa anak jantan. Asal bawak motor mesti aku suka sangat nak sondol benda depan mata. Tapi semua salah motor. Bukan salah aku. Hahahaha tak ngaku tu.


Okey.. aku tunjuk satu kecederaan je ek. Kalau banyak2 nanti korang tak lalu makan pulak. Hehehehe. Ibu jari ni pun agak teruk sebenarnya, ni gambar dari side tepi je aku tunjuk selepas dibersihkan. Sakit tau. Segala isi mak nenek semua keluar time terseret kat jalan tar. Meleleh2 darah sampai melekat kat selipar. huhuhu


Disebabkan nak solat, so setiap kali masuk waktu kene lah bersihkan and balut elok2. Kalau tak nanti habis darah melekat kat telekung. Sampai harini kene sentiasa bersihkan and balut tiap kali nak solat. Waktu lain tak balut sebab taknak bagi kaki berkuap. Tempat kecederaan yang lain pun sama sentiasa kene bersihkan.

So, jadiknya bersusah dahulu bersenang kemudian ke? Takde kene mengena ni. Hehehehe apa2 pun berhati2 dijalan raya ye kawan2 =)


Thursday, 11 July 2013

Ramadhan Kareem


Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah.. Ramadhan datang lagi.. Syukur tak terhingga.. Alhamdulillah.. sama2 lah kita beribadah dengan istiqamah dan khusyuk demi mencari keredhaan Allah bersama.. amin =)



Pre-Graduate Night Dinner


Assalamualaikum wbt :)

Hai semuaaaaaaaaaaaa :)

Aku menulis blog adalah sebab aku suka share cerita. Walaupun aku tau tak kan ada yang baca lagi2 aku dah tukar link blog aku.. tapi takpe.. sekurang-kurangnya aku ade tempat untuk meluahkan perasaan kan? hehehe

Okey, kat sini nak cerita tentang Pre-Graduate Night Dinner yang aku join before final haritu. Dinner adalah pada 14 June 2013 (Jumaat). Best wooooo aku makan kat Setia City Convention Center. Hahahaha korang ade ke? :p


Okey.. ini pilihan dress aku untuk malam tu. Dress kaler baby blue beli dekat arline.com. Banyak pilihan. Click jer mane nak. Tapi jangan lupa bayar la.. hahahaa shawl pulak beli murah-murah je dekat plaza alam sentral. Pun banyak pilihan jugak.


Yeayyyy inilah aku bila dah pakai dress cantek menarik tertarik kau memang deboomm hehehe :p   Aku puas hati sebab nilah pestime mak melaram sakan hokey.. hehehe siap pakai bulu mata pelesu lagi. Nak feeling jadi rozita che wan kejap.. hehehe


See.. my make-up is not that too heavy.. just pakai foundation cam biase, compact powder, eye liner, maskara, blusher and last lipstick! hehehe eh lupe.. bulu mata pelesu ada jugak tapi tak nampak pulak dalam gambar ni hehehe

Bawah ni gambar aku dengan kengkawan yang sempat di snap!






Hehehehe hover kitorang kan.. okelah.. over all it was a fantastic dinner ever since lepas ni dah takde dah join dinner time belajar.. huhuhu tsk tsk tsk. Untuk kawan2 thanks for wonderful memories we have made together. I love you all! =)


 Lots of Love:

Burung Hantu


Assalamualaikum wbt :)

Hello readers! hehehe sekarang ni aku jadi burung hantu.. yelaa cer tengok jam dah pukul berapa sekarang? Hampir 4 pagi tau? Tak reti lagi nak tidurrrrr?

Hehehe maap lerr.. malam ni hati tetiba rasa nak godek blog kesayangan.. nak kasi tukar baju baru :p Cantekkk tak? hehehe

All in all.. aku puas hati! Walaupun simple, by time to time aku akan try tambah apa2 yang menarik.. hehe ni pun dok godek buku html untuk pahamkan coding. pfffftttttt

Oh ye.. kalau korang perasan aku dah tukar link blog aku dari akudankamubersatu.blogspot.com kepada niafiqa.blogspot.com. Bukan apa.. saje nak bukak semua cerita baru.. nak lupakan kisah sedih yang lama2 tu.. hehe