Thursday, 28 March 2013

Cerita 24.03.2013


Assalamualaikum wbt ;)

Oh. Baru berkesempatan nak update cerita pada tarikh berkenaan. Hehehe So are you ready guys? Lets cekidaut!

Apa ada pada tarikh tu?
Hehehe actually that date gave me such a memorable experience of life. Its been 2 years since "it" happened. Every time I remembered all the things suddenly my heart will pop out lively! Oh no. cukup2 lah tu. Sakit sangat.

Sebenarnya waktu tarikh kejadian tu 24.03.2013, aku kemas2 bilik. Then ternampak segala jenis barang2 kepunyaan "dia" yang aku simpan elok dalam almari. Apa lagi meleleh lah aku kan. Nak tau nape? First sebab tak sangka setelah sekian lama aku masih simpan barang2 itu. And tak sangka terjadi waktu tarikh itu. Tarikh yang sangat memberi makna untuk aku.

Rasanya tak patut aku buat entry ni kan? "Dia" dah berpunya. Takpe. Sesungguhnya aku sentiasa dan masih mendoakan kebahagiaan "dia" sampai ke hari ini. Semoga kebahagiaan sentiasa bersama "dia" dan pasangan. Amin :')

This is the place. I love to be there. So much memories were draw together. #Pantai Pasir Pandak, Santubong, Kuching.

Tuesday, 19 March 2013

Air oh air


Assalamualaikum wbt =)

Hari ini aku nak post 2 entry dalam satu hari. Ada sape2 nak marah? Nak muntah ke? Sila jauhkan diri anda cepat2. Hehehe

Okey, entry before ni aku ada mention pasal takde air kan? Atau dalam erti kata lain aku ketandusan kasih sayang air. Hahaha so kat sini meh la aku share sikit pengalaman akhir sem yang tak seberapa bagi korang tapi bernilai untuk aku. Ahakssss

Kitorang kat sini takde air since semalam (Isnin). Tapi untuk blok aku jer la. Blok lain katanya dah lama ketandusan air. So kat sini bersyukur jugaklah baru diduga dalam masa tak sampai 2 hari ni jer. Alhamdulillah. Cuba bayang kengkawan dari blok lain yang dah lama tak berair, kesian mereka. Lagi2 yang jauh dari family. kan? kan? Takpe2, dugaan semua tu =)

First day takde air agak kelam kabut jugaklah. Tapi waktu tu pihak Syabas datang bawak lori air, jadinya Alhamdulillah dapatlah save untuk mandi petang tu walaupun mengangkut berbaldi ke tingkat 4 iteww. Kiranya itulah mandi untuk hari Isnin. Kikiki =) Waktu tu segala cobaan dan dogaan perut tak lawas lah, kencing tak lawas lah, rambut tetiba dari takde kelimumur jadi ada lah, semua sedia memainkan peranan masing2 ye. Agak menguji kesabaran aku disini. Hehehe


Keadaan waktu lori air datang. Comey jer kitorang dengan muka paling suci. Ahaksss

So harini masuk hari ke-2 ketiadaan air. Pagi tadi pegi kelas mandi kerbau orang tua2 kata. Basuh mana patut. Pergi kelas dengan muka konfiden ala2 aku ni mandi 3 tong besar air. Hahaha waktu tu la baru ko rasa betapa bernilainya setitik air yang ko tadah tu. Rasakan. So aku kelas sampai jam 2. Dalam jam 11 gitu lori air datang lagi. Tapi aku tak mampu nak berlari keluar semata-mata nak mendapatkan barang sebaldi air. Almaklum, pelajaran itu sangat penting untuk aku. Tak mandi pon takpe. Eceh.

Tetiba dalam jam 5 gitu air mula menampakkan batang hidung. Dapatlah aku tadah 2 baldi untuk aku. Mana2 botol mineral yang dah kosong aku isikan jugak. Aku masak air siap2 supaya ada bekalan untuk minum and aku sempat basuh mangkuk yang tak berapa nak sempat aku basuh lepas makan. Kata pun takde air. Jadi maaflah kalau aku agak kurang bersih gitu. Hehehe and tak sampai 15 minit air menyorok kembali. Jadi hari ini nak mandi ke tak? Kang esok pagi takde air pulak nak mandi pegi kelas. Dilema sudah.

Inilah hasil untuk tangkapan hari ini. Cekidaut!


Air perlu ditutup untuk mengelakkan jangkitan kuman. Eh?

Dapat 8 botol sekali ngn roomate. Okelah dari takde.


Carut Mencarut


Assalamualaikum wbt =)

Uishhhhh tengok tajuk macam serem jer. Hehehe takde2, I bukan jenis orang yang suka mencarut2 tak tentu pasal hokey. Lagi pun kan tak elok mencarut2 nih. Sebab apa yang kita cakap, setiap apa yang kita ucapkan tu kan satu doa. Kalau dah ko mencarut nama binatang tu lah, bodoh la, atau ape jer seumpamanya lah kan, kan ke ko dah mendoakan sesuatu yang tak baik pada seseorang tu. Nak2 pulak orang tu seagama seislam kita. Betul tak?

Aku banyak jumpa jenis manusia yang macam ni. Kadang2 aku rasa dorang ni takde perasaan ke atau saja nak tarik perhatian orang dengan cakap benda carut marut tu. Aku pun tak tahu. Tapi aku memang pantang betul dengar orang cakap benda2 yang langsung tak berfaedah tu. Tak dapat apa pun kalau ko mencarut2 tak tentu pasal. Puas agaknya.

Okey, macam sekarang ada krisis air dekat uitm puncak perdana. Fine, kita memang lah sangat2 perlukan air. Macam2 benda nak dibuat and semua menggunakan air. Takde air keje boleh dikatakan tak terurus dengan sempurna. I admit it. Tapi bila dah satu tahap mencarut cakap "babi r air takde. Tak tau ke orang bla bla bla bla". Ko rasa ko boleh hadap tak orang gini?

Aku bukan nak memburukkan orang tu atau sesiapa sahaja. Tapi ini adalah attitude kita. Perangai kita. Bila kita cakap macam tu seolah2 takde iman. Ko tak pikir ke semua yang jadi ni Kun Fayakun? Bila Allah kata jadi, maka jadilah. Kita ni kene balik pada fitrah. Yang penting bersabar. Semua jadi ada hikmah. Waktu ni lah Allah nak tengok sejauh mana kita bersyukur dengan Dia. Kalau dah asyik merungut and mencarut, aku rasa sampai bila2 pun masalah tak kan selesai. Takut nanti jadi penyakit hati pulak.

Apa pun kita kene ingat. Benda paling tajam adalah lidah. Jaga lidah kita. Jaga percakapan kita. Ibu aku selalu pesan, kalau perangai kita elok, maknanya dari rumah kita dah diajar mejadi elok. Tapi kalau sebaliknya, ko tak pikir ke apa orang kata bila tengok perangai tak elok? Sapa dapat nama nanti? Mesti orang cakap "anak sapalah perangai gitu". Betul tak?

Tak kiralah dalam situasi apa sekali pun, satu benda kena tanamkan dalam hati adalah supaya sentiasa bersabar and beristighfar dalam hati. Percayakan Allah. Insya Allah kita boleh handle everything dengan baik sebab Allah sayangkan semua hambanya.

Jadi tolonglah.. tolong jaga nama baik diri sendiri, ibu bapa dan keluarga. Yang penting jaga maruah korang especially yang perempuan ke wanita ke gugurl ke atau apa aja seumpanya. Bahasa melambangkan diri kita. Elok bahasa, eloklah kita. Kalau tak elok, lu pikir la sendiri. Ok bye.

#Sekadar peringatan bersama. Aku pun tak sempurna. Tapi tak salahkan kalau kita sama2 mencari kesempurnaan untuk kebaikan diri sendiri dan juga semua orang? Renung2 kan dan selamat beramal =)



Monday, 18 March 2013

Jalan2 Johor


Assalamualaikum wbt :)

Jumpa lagi kawan2! =)

Kelmarin (Sabtu) aku pergi jalan2. Hehehe satu family ikut ayah test drive sebenarnya. Tu yang dapat pergi sampai ke Johor. Dapat la aku ni nengok macam mane ghupe nye air terjun Gunung Ledang tu haa. Batak kejap. Hahaha lepas tu singgah Tangkak beli la sedozen kain ela buat baju kurung. Ops! Bukan baju raya tau. Tu lain ari beli. Ni untuk kain saje2 jer kasi tambah koleksi baju kurung and untuk lendutkan lagi almari aku dengan baju2 yang melambak. Hahaha

Lepas tu kitorang terus ke Melaka singgah tengok kampung kejap and singgah kubur apak and nenek and makcik pakcik yang dah kembali ke sana. Al Fatihah. Okelah, ada beberapa snap gambar yang sempat kitorang amik. Tak banyak pun. Tapi cukuplah untuk kenangan kitorang adik beradik =) Enjoy.!















 

Thursday, 14 March 2013

Mental Breakdown


Assalamualaikum wbt :)

Sape-sape yang friend dengan aku kat facebook mesti perasan status aku yang sama dengan tajuk posting harini. Sorilah ye, ahkak mampu update status kat facebook jer. Yang lain tak mampu la. Hahaha

Why am I like this?

Semua sebab satu benda tu jer. Huhuhuhu

.GEMUK.BERISI.BESAR.

Omo.. sangat sedih. Salahkan diri sendiri sebab tak beringat kalau makan. Tak pasal2 bukan jer berat naik mendadak, dengan badan dan segala jenis adik beradik, sepupu sepapat and atok nenek lemak dah melekat kat badan ni. Hambek kau. Rasakan.

Takpe2, tunggu laaa.. aku kurus gak nanti. Lagi cantek dari Nora danish! Bahahahaha :D Tapi orang kata muke aku iras ND, betul ke? Terharu ahkak! ;p

sumber google


Kelas Cancel


Assalamualaikum wbt :)

Beginilah kehidupan sebagai seorang mahasiswa yang berdedikasi. Sanggup mengharungi badai yang mendatang semata-mata untuk pergi kelas dan menimba ilmu. Ehhhhh poyo giler ayat aku!

Alkisah hari ini.

Aku ada dua kelas. Satu pukul 2 petang sampai 5 petang. Satu lagi 6 petang sampai 9 malam. Nak jadi cerita kelas pukul 2 tu, baru belajar beberapa slide tetiba Puuuuupp! Blackout satu fakulti daaaa. Pastu hujan Masya Allah lebat sangat lah. Tatuuuuuttt. So apa lagi, kita kensel kan saje kelas itu. Tak kan nak belajar begelap, ye dak?

Kelas pukul 6 pulak? Dah mai ni. Tungu punya tunggu lecturer tak masuk. So pergi call tanya. Bajet ala class wrap gitew. Hahaha

Aku: Assalamualaikum madam. Saya bla bla bla bla. Ada kelas tak harini?
Madam: Oh. Saya sebenarnya bla bla bla bla. Kita kenselkan ye. Minggu depan datang bla bla bla bla.

Oh, waktu tu rasa macam sorga sangat sebab kensel tapi kenapa tak habaq awai2 naaaaa. Huhuhu takpe2, kita kene paham tugas lecturer yang sentiasa busy ye kawan2.

Jadiknya, situasi aku sama macam ini gambar. Ok bye.


My Blog New Face


Assalamualaikum wbt :)

Teheeeee.. antek tak belog titeww? Omo omo.. tuke tangat! "macam ada rasa nak kene lempang laju2 jer cakap pelat2 gitu.. hehehe

Bila blog dah cantek, aku promise akan selalu update cerita baru kat korang okey? Tak kisah lah ada yang baca ke idok. Hahahaha

Till then. Have a pleasant day peeps!

#esok nak g shopping! =)

Friday, 8 March 2013

Kehilangan yang dinanti

Assalamualaikum wbt :)

Lama betul aku menghilang dari dunia blogging ni. Rindu? Hehehe memang kadang-kadang rasa rindu nak blogging, tapi bila sign in jer terus rasa takde ape yang nak di share. Manusia sering melatah bila sesuatu terjadi pada diri mereka tanpa berfikir panjang bahawa setiap yang berlaku pasti membawa hikmah yang terbaik untuk mereka. Dan selagi namanya manusia tetap akan berperangai begitu selagi mereka tak ubah mentaliti mereka menjadi lebih positif. Betul?

Bila manusia merasai sesuatu kehilangan, tak kira lah harta benda atau pun orang tersayang, atau apa sahaja yang boleh membuat semangat kita hilang 360 darjah, mesti ada satu2 masa tu kita menanti sesuatu yang "hilang" tu agar kembali menjadi milik kita. Sebolehnya jangan berharap, tetapi apakan daya, manusia hanyalah manusia yang menpunyai hati dan perasaan yang kadang kala tak boleh dikawal dan tanpa diundang jugak bila terjadi sesuatu.

Tapi tak salahkan andai manusia itu berharapkan sesuatu yang mereka "hilang" itu untuk kembali selagi tidak menyalahi batas2 yang ditetapkan? Hanya dengan mengingati apa yang telah "hilang" kadang kala boleh membuat manusia itu bangkit dari kesedihan dan terus maju ke hadapan....

Hanya hati kita sendiri memahami apa yang kita mahu....

"Kasihku..
Ku amat mencintai kamu
Kerna kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta
Sedetik lebih
KEKAL SELAMANYA..."

Satu2 lagu yang mampu buat aku kuat dan tabah mengharungi semua walau sudah bertahun kejadian itu terjadi... :')