Tuesday, 19 March 2013

Air oh air


Assalamualaikum wbt =)

Hari ini aku nak post 2 entry dalam satu hari. Ada sape2 nak marah? Nak muntah ke? Sila jauhkan diri anda cepat2. Hehehe

Okey, entry before ni aku ada mention pasal takde air kan? Atau dalam erti kata lain aku ketandusan kasih sayang air. Hahaha so kat sini meh la aku share sikit pengalaman akhir sem yang tak seberapa bagi korang tapi bernilai untuk aku. Ahakssss

Kitorang kat sini takde air since semalam (Isnin). Tapi untuk blok aku jer la. Blok lain katanya dah lama ketandusan air. So kat sini bersyukur jugaklah baru diduga dalam masa tak sampai 2 hari ni jer. Alhamdulillah. Cuba bayang kengkawan dari blok lain yang dah lama tak berair, kesian mereka. Lagi2 yang jauh dari family. kan? kan? Takpe2, dugaan semua tu =)

First day takde air agak kelam kabut jugaklah. Tapi waktu tu pihak Syabas datang bawak lori air, jadinya Alhamdulillah dapatlah save untuk mandi petang tu walaupun mengangkut berbaldi ke tingkat 4 iteww. Kiranya itulah mandi untuk hari Isnin. Kikiki =) Waktu tu segala cobaan dan dogaan perut tak lawas lah, kencing tak lawas lah, rambut tetiba dari takde kelimumur jadi ada lah, semua sedia memainkan peranan masing2 ye. Agak menguji kesabaran aku disini. Hehehe


Keadaan waktu lori air datang. Comey jer kitorang dengan muka paling suci. Ahaksss

So harini masuk hari ke-2 ketiadaan air. Pagi tadi pegi kelas mandi kerbau orang tua2 kata. Basuh mana patut. Pergi kelas dengan muka konfiden ala2 aku ni mandi 3 tong besar air. Hahaha waktu tu la baru ko rasa betapa bernilainya setitik air yang ko tadah tu. Rasakan. So aku kelas sampai jam 2. Dalam jam 11 gitu lori air datang lagi. Tapi aku tak mampu nak berlari keluar semata-mata nak mendapatkan barang sebaldi air. Almaklum, pelajaran itu sangat penting untuk aku. Tak mandi pon takpe. Eceh.

Tetiba dalam jam 5 gitu air mula menampakkan batang hidung. Dapatlah aku tadah 2 baldi untuk aku. Mana2 botol mineral yang dah kosong aku isikan jugak. Aku masak air siap2 supaya ada bekalan untuk minum and aku sempat basuh mangkuk yang tak berapa nak sempat aku basuh lepas makan. Kata pun takde air. Jadi maaflah kalau aku agak kurang bersih gitu. Hehehe and tak sampai 15 minit air menyorok kembali. Jadi hari ini nak mandi ke tak? Kang esok pagi takde air pulak nak mandi pegi kelas. Dilema sudah.

Inilah hasil untuk tangkapan hari ini. Cekidaut!


Air perlu ditutup untuk mengelakkan jangkitan kuman. Eh?

Dapat 8 botol sekali ngn roomate. Okelah dari takde.


No comments:

Post a Comment