Assalamualaikum wbt =)
Uishhhhh tengok tajuk macam serem jer. Hehehe takde2, I bukan jenis orang yang suka mencarut2 tak tentu pasal hokey. Lagi pun kan tak elok mencarut2 nih. Sebab apa yang kita cakap, setiap apa yang kita ucapkan tu kan satu doa. Kalau dah ko mencarut nama binatang tu lah, bodoh la, atau ape jer seumpamanya lah kan, kan ke ko dah mendoakan sesuatu yang tak baik pada seseorang tu. Nak2 pulak orang tu seagama seislam kita. Betul tak?
Aku banyak jumpa jenis manusia yang macam ni. Kadang2 aku rasa dorang ni takde perasaan ke atau saja nak tarik perhatian orang dengan cakap benda carut marut tu. Aku pun tak tahu. Tapi aku memang pantang betul dengar orang cakap benda2 yang langsung tak berfaedah tu. Tak dapat apa pun kalau ko mencarut2 tak tentu pasal. Puas agaknya.
Okey, macam sekarang ada krisis air dekat uitm puncak perdana. Fine, kita memang lah sangat2 perlukan air. Macam2 benda nak dibuat and semua menggunakan air. Takde air keje boleh dikatakan tak terurus dengan sempurna. I admit it. Tapi bila dah satu tahap mencarut cakap "babi r air takde. Tak tau ke orang bla bla bla bla". Ko rasa ko boleh hadap tak orang gini?
Aku bukan nak memburukkan orang tu atau sesiapa sahaja. Tapi ini adalah attitude kita. Perangai kita. Bila kita cakap macam tu seolah2 takde iman. Ko tak pikir ke semua yang jadi ni Kun Fayakun? Bila Allah kata jadi, maka jadilah. Kita ni kene balik pada fitrah. Yang penting bersabar. Semua jadi ada hikmah. Waktu ni lah Allah nak tengok sejauh mana kita bersyukur dengan Dia. Kalau dah asyik merungut and mencarut, aku rasa sampai bila2 pun masalah tak kan selesai. Takut nanti jadi penyakit hati pulak.
Apa pun kita kene ingat. Benda paling tajam adalah lidah. Jaga lidah kita. Jaga percakapan kita. Ibu aku selalu pesan, kalau perangai kita elok, maknanya dari rumah kita dah diajar mejadi elok. Tapi kalau sebaliknya, ko tak pikir ke apa orang kata bila tengok perangai tak elok? Sapa dapat nama nanti? Mesti orang cakap "anak sapalah perangai gitu". Betul tak?
Tak kiralah dalam situasi apa sekali pun, satu benda kena tanamkan dalam hati adalah supaya sentiasa bersabar and beristighfar dalam hati. Percayakan Allah. Insya Allah kita boleh handle everything dengan baik sebab Allah sayangkan semua hambanya.
Jadi tolonglah.. tolong jaga nama baik diri sendiri, ibu bapa dan keluarga. Yang penting jaga maruah korang especially yang perempuan ke wanita ke gugurl ke atau apa aja seumpanya. Bahasa melambangkan diri kita. Elok bahasa, eloklah kita. Kalau tak elok, lu pikir la sendiri. Ok bye.
#Sekadar peringatan bersama. Aku pun tak sempurna. Tapi tak salahkan kalau kita sama2 mencari kesempurnaan untuk kebaikan diri sendiri dan juga semua orang? Renung2 kan dan selamat beramal =)


No comments:
Post a Comment