Sunday, 9 June 2013

Finishing School

Assalamualaikum wbt :)

This is a very fast and short entry for tonight. Hehehehe I am about to finish my degree. What?? Yes, it is around 2 weeks from now! Wow! Kalau dulu sebuk sangat nak habes belajar cepat, and now bile dah nak habis sebuk taknak habes. Lempang laju2 kang baru tau *jeling sekali*

I have few plan for myself. In sha Allah after I finish my study I will make sure that my plan will be success. Antaranya nak habeskan belajar kete. Hahahaha okey korang dipersilakan gelak. Memang aku tak habis belajar lagi. Money constrain laaaaa.. haahaha

Okeylah.. nak sambung wat assignment. Nanti kita jumpa lagi ek :)


Wednesday, 5 June 2013

Hikmah Berpisah


Assalamulaikum wbt :)

Hello sayang2 semua.. sehat? Okey harini tetiba rasa nak cerita sikit pasal my life. Not my intention untuk buka pekung di dada, tapi sekadar nak share my condition after breaking up with him not long ago. Maybe you guys yang baca can get some tips to heal yourself if you are in the same shoe =)

For me it is not an easy task to vanished out all the memories you made with him. Yes I admit it 300%. At early stage I was like "mayat hidup" bila terpaksa hadapi benda ni. They will be a different story behind each person right? But the things is still the same. Cuma nak bezakannya hanyalah sapa yang tinggalkan sapa.

My friends ramai tegur I was like hilang focus, makan tak nak, asyik menangis, keluar tengok dunia tak nak, kejenya asyik duduk memerap dekat bilik hostel, and when weekend come I lah first person yang akan pack stuffs untuk balik rumah! Yes, that is me. The worse thing happened is I lose my weight! Memang melampau sampaikan ramai sangat tegur I look even skinny. Mane tak nya I ni jenis orang yang berisi sikit, bila kita kurus memanglah orang akan perasan kan? hehehe nak buat cemane :)

Agak lama I nak pulihkan diri sendiri tau. Kadang terpikir jugak apalah bodoh sangat yang I dok mengharap benda yang tak kan pernah jadi. Lama-lama I dapat balik strength yang dah lama hilang. Almost year and a half baru I betul2 yakin yang I okey from that stupid thing =)

Apa yang I buat untuk dapatkan balik strength tu? Cekidauuudddddd

> First thing first mesti balik pada ALLAH. Itu sangat2 penting. Mengadu pada dia. Hanya dia dapat beri balik kekuatan tu. Insya Allah :)

> Support from friends. Yes, I am really grateful because I have those in my life. They never leave me and always with me every time and second. They always encourage me to stand up and bring myself back to normal. Mereka tak jemu2 tunggu I back to normal. I really love them :') (I never tell my family about this, thats why I am depending on my friends a lot)

> Delete all pictures yang relate between you and him! It a must!

> Delete phone number, unfriend facebook, dan segala2 yang berkaitan dengan die. (Its up to you. Ini apa yang I buat)

> Buang semua barang2 yang pernah you all dapat dari die. It the best things for you even it hurt you the most!

> Jangan berseorangan. Yes, always busy yourself with work, assignment and have a quality time with family and friends.

 
That are few things yang I buat. Alhamdulillah I mampu senyum dengan lebih ikhlas sekarang :) Even if I saw him I really feel nothing inside. Alhamdulillah sangat2 sebab I jugak menjadi seseorang yang lebih matang dalam kehidupan and surprisingly I mampu capai impian untuk dekan last sem! You see the good impact? Semangat yang memang tiada tandingan :)

So I hope that you guys can heal better with me! hehehe sorry for the long essay I've made. Kata pon dah lama tak update kan, itu sebab kumpul semua jadikan satu entry yang panjangggggg :p


Running Man Nak Datang Malaysia??


Assalamualaikum wbt :)

WHAT???? Tup tup dah lama tak update blog dan2 nak update pasal running man kan? Hahahaha mak peduli ape sebab mak suke noks. *gelek2 pinggang*


Iye korang.. running man nak datang sini maybe bulan september. Katanya production running man sendiri yang mintak untuk buat fan meeting dekat Malaysia sebab dorang realized yang terlalu lah banyak sang peminat running man dari Malaysia ni termasuk tukang taip ni ha!

Engko jangan tak tau.. tukang taip ni pantang ada masa free jer terus amek external cucuk kat laptop mengadap running man beratus2 kali! hahahaha sampaikan dah boleh hapal setiap dailog, setiap game dekat setiap episod.. korang ado? hahaha nak kate aku dah pandai cakap korea tu boleh la jugak lepas kalau jumpa jae suk oppa, jong kook oppa, gary oppa, ji hyo unnie and yang lain2 tu hehehe

So guys, jangan lepaskan peluang ni ye! Aku memang takkan lepaskan..wajib ada waktu dorang buat game.. hehe until then.. anneyonggggg =)


Thursday, 28 March 2013

Cerita 24.03.2013


Assalamualaikum wbt ;)

Oh. Baru berkesempatan nak update cerita pada tarikh berkenaan. Hehehe So are you ready guys? Lets cekidaut!

Apa ada pada tarikh tu?
Hehehe actually that date gave me such a memorable experience of life. Its been 2 years since "it" happened. Every time I remembered all the things suddenly my heart will pop out lively! Oh no. cukup2 lah tu. Sakit sangat.

Sebenarnya waktu tarikh kejadian tu 24.03.2013, aku kemas2 bilik. Then ternampak segala jenis barang2 kepunyaan "dia" yang aku simpan elok dalam almari. Apa lagi meleleh lah aku kan. Nak tau nape? First sebab tak sangka setelah sekian lama aku masih simpan barang2 itu. And tak sangka terjadi waktu tarikh itu. Tarikh yang sangat memberi makna untuk aku.

Rasanya tak patut aku buat entry ni kan? "Dia" dah berpunya. Takpe. Sesungguhnya aku sentiasa dan masih mendoakan kebahagiaan "dia" sampai ke hari ini. Semoga kebahagiaan sentiasa bersama "dia" dan pasangan. Amin :')

This is the place. I love to be there. So much memories were draw together. #Pantai Pasir Pandak, Santubong, Kuching.

Tuesday, 19 March 2013

Air oh air


Assalamualaikum wbt =)

Hari ini aku nak post 2 entry dalam satu hari. Ada sape2 nak marah? Nak muntah ke? Sila jauhkan diri anda cepat2. Hehehe

Okey, entry before ni aku ada mention pasal takde air kan? Atau dalam erti kata lain aku ketandusan kasih sayang air. Hahaha so kat sini meh la aku share sikit pengalaman akhir sem yang tak seberapa bagi korang tapi bernilai untuk aku. Ahakssss

Kitorang kat sini takde air since semalam (Isnin). Tapi untuk blok aku jer la. Blok lain katanya dah lama ketandusan air. So kat sini bersyukur jugaklah baru diduga dalam masa tak sampai 2 hari ni jer. Alhamdulillah. Cuba bayang kengkawan dari blok lain yang dah lama tak berair, kesian mereka. Lagi2 yang jauh dari family. kan? kan? Takpe2, dugaan semua tu =)

First day takde air agak kelam kabut jugaklah. Tapi waktu tu pihak Syabas datang bawak lori air, jadinya Alhamdulillah dapatlah save untuk mandi petang tu walaupun mengangkut berbaldi ke tingkat 4 iteww. Kiranya itulah mandi untuk hari Isnin. Kikiki =) Waktu tu segala cobaan dan dogaan perut tak lawas lah, kencing tak lawas lah, rambut tetiba dari takde kelimumur jadi ada lah, semua sedia memainkan peranan masing2 ye. Agak menguji kesabaran aku disini. Hehehe


Keadaan waktu lori air datang. Comey jer kitorang dengan muka paling suci. Ahaksss

So harini masuk hari ke-2 ketiadaan air. Pagi tadi pegi kelas mandi kerbau orang tua2 kata. Basuh mana patut. Pergi kelas dengan muka konfiden ala2 aku ni mandi 3 tong besar air. Hahaha waktu tu la baru ko rasa betapa bernilainya setitik air yang ko tadah tu. Rasakan. So aku kelas sampai jam 2. Dalam jam 11 gitu lori air datang lagi. Tapi aku tak mampu nak berlari keluar semata-mata nak mendapatkan barang sebaldi air. Almaklum, pelajaran itu sangat penting untuk aku. Tak mandi pon takpe. Eceh.

Tetiba dalam jam 5 gitu air mula menampakkan batang hidung. Dapatlah aku tadah 2 baldi untuk aku. Mana2 botol mineral yang dah kosong aku isikan jugak. Aku masak air siap2 supaya ada bekalan untuk minum and aku sempat basuh mangkuk yang tak berapa nak sempat aku basuh lepas makan. Kata pun takde air. Jadi maaflah kalau aku agak kurang bersih gitu. Hehehe and tak sampai 15 minit air menyorok kembali. Jadi hari ini nak mandi ke tak? Kang esok pagi takde air pulak nak mandi pegi kelas. Dilema sudah.

Inilah hasil untuk tangkapan hari ini. Cekidaut!


Air perlu ditutup untuk mengelakkan jangkitan kuman. Eh?

Dapat 8 botol sekali ngn roomate. Okelah dari takde.


Carut Mencarut


Assalamualaikum wbt =)

Uishhhhh tengok tajuk macam serem jer. Hehehe takde2, I bukan jenis orang yang suka mencarut2 tak tentu pasal hokey. Lagi pun kan tak elok mencarut2 nih. Sebab apa yang kita cakap, setiap apa yang kita ucapkan tu kan satu doa. Kalau dah ko mencarut nama binatang tu lah, bodoh la, atau ape jer seumpamanya lah kan, kan ke ko dah mendoakan sesuatu yang tak baik pada seseorang tu. Nak2 pulak orang tu seagama seislam kita. Betul tak?

Aku banyak jumpa jenis manusia yang macam ni. Kadang2 aku rasa dorang ni takde perasaan ke atau saja nak tarik perhatian orang dengan cakap benda carut marut tu. Aku pun tak tahu. Tapi aku memang pantang betul dengar orang cakap benda2 yang langsung tak berfaedah tu. Tak dapat apa pun kalau ko mencarut2 tak tentu pasal. Puas agaknya.

Okey, macam sekarang ada krisis air dekat uitm puncak perdana. Fine, kita memang lah sangat2 perlukan air. Macam2 benda nak dibuat and semua menggunakan air. Takde air keje boleh dikatakan tak terurus dengan sempurna. I admit it. Tapi bila dah satu tahap mencarut cakap "babi r air takde. Tak tau ke orang bla bla bla bla". Ko rasa ko boleh hadap tak orang gini?

Aku bukan nak memburukkan orang tu atau sesiapa sahaja. Tapi ini adalah attitude kita. Perangai kita. Bila kita cakap macam tu seolah2 takde iman. Ko tak pikir ke semua yang jadi ni Kun Fayakun? Bila Allah kata jadi, maka jadilah. Kita ni kene balik pada fitrah. Yang penting bersabar. Semua jadi ada hikmah. Waktu ni lah Allah nak tengok sejauh mana kita bersyukur dengan Dia. Kalau dah asyik merungut and mencarut, aku rasa sampai bila2 pun masalah tak kan selesai. Takut nanti jadi penyakit hati pulak.

Apa pun kita kene ingat. Benda paling tajam adalah lidah. Jaga lidah kita. Jaga percakapan kita. Ibu aku selalu pesan, kalau perangai kita elok, maknanya dari rumah kita dah diajar mejadi elok. Tapi kalau sebaliknya, ko tak pikir ke apa orang kata bila tengok perangai tak elok? Sapa dapat nama nanti? Mesti orang cakap "anak sapalah perangai gitu". Betul tak?

Tak kiralah dalam situasi apa sekali pun, satu benda kena tanamkan dalam hati adalah supaya sentiasa bersabar and beristighfar dalam hati. Percayakan Allah. Insya Allah kita boleh handle everything dengan baik sebab Allah sayangkan semua hambanya.

Jadi tolonglah.. tolong jaga nama baik diri sendiri, ibu bapa dan keluarga. Yang penting jaga maruah korang especially yang perempuan ke wanita ke gugurl ke atau apa aja seumpanya. Bahasa melambangkan diri kita. Elok bahasa, eloklah kita. Kalau tak elok, lu pikir la sendiri. Ok bye.

#Sekadar peringatan bersama. Aku pun tak sempurna. Tapi tak salahkan kalau kita sama2 mencari kesempurnaan untuk kebaikan diri sendiri dan juga semua orang? Renung2 kan dan selamat beramal =)



Monday, 18 March 2013

Jalan2 Johor


Assalamualaikum wbt :)

Jumpa lagi kawan2! =)

Kelmarin (Sabtu) aku pergi jalan2. Hehehe satu family ikut ayah test drive sebenarnya. Tu yang dapat pergi sampai ke Johor. Dapat la aku ni nengok macam mane ghupe nye air terjun Gunung Ledang tu haa. Batak kejap. Hahaha lepas tu singgah Tangkak beli la sedozen kain ela buat baju kurung. Ops! Bukan baju raya tau. Tu lain ari beli. Ni untuk kain saje2 jer kasi tambah koleksi baju kurung and untuk lendutkan lagi almari aku dengan baju2 yang melambak. Hahaha

Lepas tu kitorang terus ke Melaka singgah tengok kampung kejap and singgah kubur apak and nenek and makcik pakcik yang dah kembali ke sana. Al Fatihah. Okelah, ada beberapa snap gambar yang sempat kitorang amik. Tak banyak pun. Tapi cukuplah untuk kenangan kitorang adik beradik =) Enjoy.!