Thursday, 29 December 2011

Migraine

Assalamualaikum wbt :)

sehat semua? hehe ain bru sehat :) sehat dari ape? haaa dari tajuk di atas tu lh.. korang tau ape tu migrain? migrain ni sejenis sakit kepala terlampau lh senang cerita.. macam mencucuk giler.. ain dapat migrain start form2.. time tu ain selalu sakit kepala.. bile check kt doctor.. doctor suruh terus pkai spek sbb time tu degree mata naik smpai 250 untuk dua2 mata gitu.. so now umur dh banyak korang boleh agak bape degree mata ain kn? hehe

then doc bagi painkiller lh of course and ubat2 lain untuk bertahan.. tp bg ain kalau ain migrain ain xperlu semua ubat tu.. cukup bg ain dduk dalam bilik tanpa apa2 cahaya lampu pun.. insya allah ain akan oke dengan cepat.. and ubat selain tu adalah tidor wpun xmampu nak tidor sebab sakit.. hehe

kat bawah ade sikit info pasal migrain.. jom baca!




APA ITU MIGRAINE?
Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Namun begitu menurut kajian yg dibuat, migraine tidak mendatang kesan jangka panjang yang serius.

APAKAH TANDA-TANDA MIGRAINE?
Migraine biasanya menyebabkan rasa sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala dan rasa loya. Namun ada juga sakit kepala di kedua-dua belah kepala. Individu yang berlainan mempunyai tanda2 penyakit migraine yg berlainan.

Pergerakan, cahaya, bunyi bising dan bau-bauan boleh memburukkan lagi migraine. Kadang kala seseorang itu boleh merasakan aura, iaitu beliau dapat melihat bintik-bintik, gelombang cahaya atau pancaran2 cahaya di depan matanya. Tangan, bahu dan muka akan menjadi kebas. Ianya berlaku 30 min sebelum sakit kepala.

BAGAIMANA MIGRAINE ITU DIDIAGNOSA?

Selalunya doktor cuba exclude atau mencari kemungkinan2 lain penyebab sakit kepala seperti kerabunan mata, stress atau tidak cukup rehat. Namun begitu doktor akan mengatakan ianya migraine jika :
  1. Anda mempunyi 5 kali atau lebih sakit kepala tanpa aura atau 2 kali sakit kepala dgn aura.
  2. Sakit kepala yg berlangsung 4-72 jam tanpa makan apa2 ubat.
  3. Rasa loya dan mahu muntah, pancaran cahaya dan bunyi menyebabkan sakit kepala bertambah teruk.
BAGAIMANA IANYA DIRAWAT ?
Migraine biasanya dirawat dgn ubat tahan sakit. Ianya boleh didapati di farmasi. Namun jika ianya tidak berkesan, haruslah berjumpa dgn doktor untuk rawatan lanjut. Migraine juga boleh dikurangkan dengan mengelakkan pengambilan cheese, coklat dan MSG.


so.. inilah sikit info pasal migrain.. migrain memang sakit.. tapi sakit tak boleh di manjakan.. ain kene kuat! yeahhh! :)



p/s: jaga kesihatan! exam nak dekat dah!



No comments:

Post a Comment